Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Pada 22 September 2010 Uniten Shutters telah mengadakan satu Perjumpaan Tahunan atau dikenali sebagai AGM (Annual General Meting) bertempat di COE (College of Engineering) tingkat 2. Seramai lebih kurang 40 orang ahli baru, AJK baru dan AJK lama menyertai perjumpaan tersebut. Perjumpaan yang diadakan secara tidak formal itu membuatkan perjalanan majlis berjalan lebih santai dan chill.
Majlis pada malam itu dipengerusikan oleh saudara Ifkar Azmi (echo) yang sangat meletup cara pembawaannya supaya majlis tampak lebih santai dan ringan. Kemudian doa dibaca oleh saudara Syafiqjay bagi merahmati dan memberkati majlis. Memetik sedikit doa yang dibaca oleh beliau, beliau mendoakan supaya kelab Shutters akan terus bertapak di bumi Uniten dan terus maju. Diharapkan doa yang diaminkan oleh lebih kurang 40 orang itu diperkenankan oleh Allah S.W.T. Amin~
Kemudian majlis diserahkan pula kepada saudara Syafiq (kamek) yang telah membentangkan kesemua program yang telah berjaya dianjurkan oleh kelab Shutters semenjak bertapaknya Shutters di Uniten sejak tahun 2007 hingga sekarang. Diteruskan pula dengan memperkenalkan kepada ahli-ahli baru tugas, cabang dan AJK yang berjuang di dalam setiap biro. Bermula dengan memperkenalkan biro Program oleh saudara Syafiq (kamek), kemudian biro Publication oleh saudari Amirah (meah), biro Promotion oleh saudari Rabiha dan akhir sekali perkenalan biro Public Relation oleh saudara Najib.
Pengerusi kemudiannya memanggil setiap AJK lama yang pada malam itu kesemuanya sendondon memakai t-shirt rasmi kelab Shutters berwarna hitam yang menayangkan tulisan 'capture the moment capture the soul' di belakangnya. Seorang demi seorang AJK lama, seramai 17 orang kesemuanya, memperkenalkan diri masing-masing secara santai dan ditambah dengan seloroh secara spontan oleh masing-masing. Tepukan yang gemuruh telah diberikan kepada cik President Shutters, saudari Hassuifah (cipah yang hot) tatkala beliau ke depan untuk memperkenalkan diri.
Kami amat bertuah pada malam itu kerana mendapat kunjungan tidak rasmi dan tidak disangka-sangka oleh wakil MPP UNITEN, saudara Mahlil yang berkesempatan berAGM sebentar bersama kami dan menyampaikan sedikit ucapan. Ya, kami menuntut hak kami untuk beraktiviti dalam suasana yang lebih nyaman. Sekalung penghargaan Uniten Shutters kepada saudara Mahlil atas kunjungan tersebut.
Seterusnya majlis diserahkan kepada saudara Faiz dan saudari Hamim membentangkan takwin Shutters sepanjang semester (sem 1 10/11) ini dan semester hadapan (sem 2 10/11). Antara aktiviti yang telah dijalankan pada semester ini adalah Briser la Glace (Ice-breaking) bersama ahli-ahli baru dan majlis Phototalk: Sharing Experience with Zainal Halim anjuran bersama kelab SAQ (Sahabat Al-Quran) UNITEN. Dan antara beberapa aktiviti yang dirancang untuk dijalankan adalah seperti Photography Outing sekitar Selangor dan Kuala Lumpur juga Lensa Kacha iaitu satu bengkel fotografi dan banyak lagi.
Ahli-ahli Shutters juga diberi kesempatan untuk memberikan cadangan serta padangan atau sebarang pertanyaan dan komen tentang aktiviti Shutters. Ramai yang telah melontarkan cadangan brilliant untuk Shutters adakan pada masa hadapan. Terima kasih Shutters ucapkan atas segala cadangan anda.
Kesemua AJK baru Shutters juga diperkenalkan pada malam itu. Wajah-wajah baru dan segar yang bagi kami sangat berpontensi untuk membangunkan Shutters dan menjadi pelapis baru (juga kuli baru) sangat kami hargai. Semoga kalian bahagia bersama kami, ber-chillin bersama kami. Selamat datang keluarga baru kami!
Majlis pada malam dijamu dengan hidangan ringan yang disediakan oleh Izzat Corner. Kemudian acara penutup turun temurun yang wajib kami adakan adalah sesi group photo di tangga!
Bagi kami, Perjumpaan kali ini disimpulkan sebagai sesuatu yang luar biasa kerana jumlahnya lebih ramai daripada sebelumnya. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua AJK yang bertungkus lumus menjayakan AGM pada kali ini dan juga berpenat lelah bagi memastikan Shutters terus berdiri di bumi UNITEN. Serantai penghargaan buat semua AJK baru yang sudi untuk merasa perit jerih berdiri bersama kami membangunkan Shutters pada masa akan datang dan pada semua yang hadir pada malam itu, TERIMA KASIH dan JUMPA LAGI!! Teruslah beraktiviti bersama kami.
No comments:
Post a Comment